Joseph Smith merupakan pengasas gerakan Mormonisme dan Latter Day Saint (LDS). Dia telah menerbitkan Kitab Mormon ketika berusia 24 tahun. Sepanjang hidupnya, dia telah berkahwin dengan seramai 40 orang wanita dan beberapa di antaranya adalah isteri kepada lelaki lain.
Isteri pertamanya iaitu Emma Smith bagaimanapun tidak dapat bersetuju dengan cara berpoligami suaminya. Pada awalnya, dia hanya menerima apabila suaminya berkahwin dengan empat lagi wanita lain dan tinggal di rumah yang sama. Tidak lama selepas itu dia telah menghalau semua isteri-isteri Joseph daripada rumah mereka.
Joseph Smith telah ditembak mati semasa berada di penjara atas tuduhan melakukan pengkhianatan pada tahun 1844. Selepas kematiannya, banyak akhbar menggambarkan Joseph sebagai seorang fanatik agama. Namun, pengikutnya beranggapan Joseph mati sebagai syahid.
Baca lagi : Kisah hidup lelaki dengan 39 orang isteri.