Friday, March 8, 2019

Kisah hidup lelaki dengan 39 orang isteri, 94 orang anak

Lelaki ini merupakan ketua keluarga kepada lebih daripada 100 orang dan mereka semua tinggal bersama. Ziona Chana mempunyai 39 orang isteri dan 94 orang anak. Dia juga mempunyai 14 orang menantu wanita dan 33 orang cucu.
Hampir kesemua mereka tinggal di sebuah rumah besar empat tingkat dengan 100 buah bilik di kawasan berbukit di Kampung Baktwang, Mizoram, India.
Keluarga besar itu diurus dengan disiplin seperti tentera. Isteri Chana yang paling tua iaitu Zathiangi akan membuat jadual siapa yang akan melakukan tugasan di rumah seperti memasak, mencuci dan pelbagai lagi.
Ziona Chana akan menempatkan isterinya yang lebih muda di dalam bilik yang hampir dengan bilik tidurnya, manakala isteri yang lebih tua ditempatkan dalam bilik yang lebih jauh. Isteri-isterinya juga mempunyai jadual untuk mengunjungi bilik tidur Chana.