Wednesday, March 13, 2019

ADAKAH ANDA SEORANG KAYA YANG TERPAKSA JADI MISKIN ATAU SEORANG MISKIN YANG TERPAKSA JADI KAYA.

ADAKAH ANDA SEORANG KAYA YANG TERPAKSA JADI MISKIN ATAU SEORANG MISKIN YANG TERPAKSA JADI KAYA.

Ahli masyarakat terbahagi kepada beberapa golongan iaitu golongan miskin, pertengahan dan kaya. Jika dilihat di antara kedua-dua kumpulan ini, perbezaan yang paling ketara adalah berapa jumlah wang dan harta yang mereka ada.

Sebenarnya, perbezaan sebenar di antara orang kaya dan orang miskin bukan terletak kepada pendapatan bulanan mereka. Membandingkan jumlah duit di dalam akaun bank seseorang adalah persepsi yang salah tetapi sering dijaja ke sana sini.

Realitinya jumlah wang yang dimiliki seseorang adalah hasil daripada mindset dan tindakan seseorang. Disitulah terletaknya perbezaan sebenar!

Selain daripada golongan miskin dan kaya, juga terdapat golongan pertengahan atau middle class. Apakah pula bezanya? Kenapa pula sesetengah orang berjaya keluar daripada kemiskinan tetapi sangkut pula di tengah-tengah? Kenapa mereka tidak meneruskan perjalanan untuk menjadi kaya?

8 perbezaan Orang Kaya, Pertengahan dan Miskin

1. Matlamat dan Gaya Hidup.

-Miskin: Nak teruskan hidup (survive), berfikir dari sehari ke sehari, kais pagi makan pagi

-Pertengahan: Nak selesa, berfikir dari gaji bulanan ke gaji bulanan seterusnya.

-Kaya: Nak bebas kewangan, berfikir dari setahun ke setahun dan lebih jauh lagi.

2. Perbelanjaan dan Hutang.

-Miskin: Bayar guna wang tunai atau berhutang.

-Pertengahan: Bayar guna kad kredit dan buat hutang baru sebaik sahaja satu hutang selesai.

-Kaya : Bayar guna kad kredit tetapi buat bayaran penuh, tahu bagaimana manfaatkan hutang.

3. Pemikiran dan Perbualan.

-Miskin: Sibuk berborak tentang orang lain.

-Pertengahan: Sibuk berborak tentang perkara materialistik.

-Kaya: Sibuk berborak tentang idea-idea baru.

4. Sikap Terhadap Pekerjaan dan Mindset.

-Miskin & Pertengahan: Bekerja ala kadar, kurang mengambil risiko.

-Kaya: Ambil risiko yang terkawal, mencabar diri sendiri untuk menjadi yang terbaik.

5. Duit dan Peluang.

-Miskin & Pertengahan: Kurang, peluang sedikit dan duit susah untuk diperolehi.

-Kaya: Melimpah-ruah, banyak peluang untuk menjana duit.

6. Sikap dan Motivasi.

-Miskin & Pertengahan: Tak sabar, kalau boleh nak hidup yang selesa hari ini juga.

-Kaya: Berkorban hari ini untuk keselesaan pada masa akan datang.

7. Kekayaan dan Halangan.

-Miskin & Pertengahan: Saya tak mampu dan saya tak boleh.

-Kaya: Bagaimana saya mampu untuk memilikinya? Bagaimana saya boleh belajar untuk lakukannya?

8. Masa Lapang dan Perlaksanaan.

-Miskin & Pertengahan: Tengok televisyen, gosip serta dikelilingi oleh perkara kebendaan.

-Kaya: Kayakan diri sendiri dengan ilmu, bantu orang lain dan menambah nilai kepada orang lain.