Monday, March 18, 2019

Dewan Rakyat gamat Noh Omar masuk Dewan mestipun sudah digantung oleh Nga Kor Ming


KUALA LUMPUR - Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) tetap menyertai sesi perbahasan Dewan Rakyat hari ini meskipun arahan larangan selama tiga hari memasuki dewan telah dikuatkuasakan.

Kemunculan beliau itu sekaligus mencetuskan perbalahan, di mana Ahli Parlimen Kerajaan ternyata tidak berpuas hati dengan kehadiran Noh.

"Keputusan telah dibuat," kata Khou Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang merujuk kepada keputusan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming pagi tadi yang memutuskan Noh dilarang memasuki Dewan Rakyat selama tiga hari bermula hari ini.

Tampil mempertahankan tindakannya Noh berkata, keputusan yang diputuskan pagi tadi adalah tidak adil kerana beliau tiada di dalam Dewan Rakyat untuk mempertahankan diri.

"Tanya Speaker Singapura pernahkah menggantung ahli Parlimennya tanpa kehadiran orang yang dituduh," tegasnya yang merujuk kepada kehadiran delegasi Parlimen Singapura yang mengunjungi Parlimen hari ini.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon kemudian mengarahkan bentara untuk membawa keluar Noh dari Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Noh enggan dan pembangkang merujuk kepada insiden Lim Kit Siang (PR-Gelang Patah) sebelum ini yang tidak keluar Dewan Rakyat walaupun sudah dijatuhkan hukuman keluar.

Perbalahan terus berlangsung selama 10 minit susulan keengganan Noh berkenaan sehinggalah Mohd Rashid memutuskan supaya Noh dibenarkan berada di dalam dewan sehinggalah tamat sesi perbahasan tengahari ini iaitu pada jam 1 petang.

Noh dilarang memasuki dewan susulan tuduhannya terhadap Kor Ming bahawa beliau tidak layak menjawat jawatan berkenaan.

Ia berhubung kenyataan yang mengaitkan kerjasama Pas dan UMNO dengan Taliban.

Bersyukurlah kita kerana dicipta menjadi manusia sempurna yang sebaik-baik.

Nikmat Tuhan mu yang mana yang mahu kau dustakan? Bersyukurlah kita kerana dicipta menjadi manusia sempurna lagi sebaik-baik kejadian.

Kongsikan video ini kepada rakan2 yang lain, semoga kita dari golongan orang yang bersyukur.


Melindungi rumah urut : Ketua balai, pegawai PBT ditahan SPRM

KUALA LUMPUR 18 Mac - Lapan penjawat awam yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) hari ini kerana terlibat dalam aktiviti sindiket rumah urut di sekitar ibu negara merupakan pegawai dan anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut sumber, masing-masing empat pegawai dan anggota PDRM serta PBT itu ditahan dalam satu operasi khas SPRM bermula pukul 10.15 pagi sehingga 4.30 petang ini.

Ujarnya, turut ditahan dalam operasi itu seorang daripadanya merupakan ketua balai.

“Kesemua penjawat awam itu dikatakan berperanan sebagai individu yang melindungi rumah-rumah urut tersebut daripada diserbu oleh pihak berkuasa.

“Selain mereka, SPRM turut menahan lapan lagi orang awam yang berperanan sebagai runner bagi mengutip wang perlindungan dari pengusaha-pengusaha rumah urut tersebut,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Laporan eksklusif Buletin Utama hari ini mendedahkan mengenai SPRM mengempur pelindung pusat urut haram di sekitar ibu negara.

Dalam laporan terbabit mendedahkan satu operasi khas dinamakan Op Jejak dan Kotaraya telah dilakukan di 16 lokasi berasingan hari ini sebelum menahan 16 suspek.

-UTUSAN ONLINE


Klang, Rembau dan Jelebu catat suhu tertinggi sejak semalam - Jabatan Meteorologi

KUALA LUMPUR - Sebanyak 23 kawasan di Semenanjung dilaporkan berada pada paras berjaga-jaga atau Tahap 1 dengan suhu mencecah antara 35 dan 37 darjah Celcius hari ini berbanding 21 kawasan semalam.

Berdasarkan kemas kini Jabatan Meterologi Malaysia (MET) sehingga pukul 5.25 petang ini, jumlah itu menunjukkan tiga kawasan baharu iaitu Klang di Selangor; Rembau dan Jelebu di Negeri Sembilan.

Sementara itu, Pendang, Kedah kekal pada tahap dua (tahap gelombang haba) iaitu dengan suhu mencecah antara 37 dan 40 darjah Celcius sejak semalam.

Kawasan disenaraikan pada tahap satu ialah, Chuping di Perlis; Kota Setar, Sik, Baling dan Kulim (Kedah); Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Batang Padang (Perak); Jerantut, Raub, Temerloh, Maran dan Bentong (Pahang); Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sepang dan Petaling (Selangor); Tangkak di Johor dan Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kawasan Port Dickson, Negeri Sembilan yang berada pada tahap satu semalam, mencatatkan penurunan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celcius. - Bernama


😈Nga Kor Ming enggan mohon maaf kenyataan 'negara Taliban'


Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming hari ini enggan memohon maaf berhubung kenyataannya sebelum ini yang menyifatkan bahawa negara ini akan menjadi "negara Taliban" sekiranya pakatan Umno-PAS berkuasa.

"Apa yang nak dimohon maaf?" katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Awal hari ini, Pemuda PAS Selangor berkatapihaknya akan menganjurkan himpunan besar-besaran jika tiga pemimpin DAP - Nga, Lim Guan Eng, dan Chew Chong Sin - tidak memohon maaf atas kenyataan mereka yang disifatkan sebagai "melampau".

Nga bagaimanapun berkata Pemuda PAS mempunyai hak untuk berhimpun.

"Biar polis yang kendalikan (himpunan itu). Kita hormati kedaulatan undang-undang, dan kita juga hormati kebebasan berekspresi.

"Mereka boleh menganjurkan perhimpunan selagi ia mematuhi undang-undang," katanya.

Nga dilapor bercakap kepada pemberita awal bulan ini sebagai berkata sekiranya pakatan PAS dan Umno mengambil alih kerajaan persekutuan, Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan di bawah pentadbiran Taliban.

Tiga hari kemudian, Lim mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan kerjasama Umno-PAS "perisytiharan perang" terhadap golongan bukan Melayu. Beliau kemudian membuat pembetulan dengan menukar frasa "perisytiharan perang" dengan "menyasarkan".

Sekurang-kurangnya 58 laporan polis dibuat terhadap Lim dan siasatan kini masih berjalan.

Sementara itu, Adun Mengkibol Chew Chong Sin berkata serangan keganasan di masjid di New Zealand - yang mengorbankan 50 nyawa - patut dijadikan pengajaran di Malaysia dalam soal isu kaum dan agama dengan menjadikan kerjasama Umno-PAS sebagai contoh.

Beliau kemudian menarik balik kenyataan itu atas sebab ia telah mengakibatkan "salah faham".

Diminta mengulas tentang kenyataannya, Nga bertanya sama ada pemberita berada di tempat kejadian ketika membuat kenyataan itu.

"Kenyataan apa yang saya buat? Anda dengar apa saya cakap? Anda cuma petik orang lain kata, kan?" katanya.

Tribute to the Victims of Christchurch Mosque Attacks (Scorpions - Under the Same Sun)

 

**Share this to our friends and ex-enemies**
I saw the morning
It was shattered by a gun
Heard a scream, saw him fall, no one cried
I saw a mother
She was praying for her son
Bring him back, let him live, don't let him die
Do you ever ask yourself
Is there a Heaven in the sky
Why can't we get it right
Cause we all live under the same sun
We all walk under the same moon
Then why, why can't we live as one 
I saw the evening 
Fading shadows one by one
We watch the lamb, lay down to the sacrifice
I saw the children
The children of the sun
How they wept, how they bled, how they died
Do you ever ask yourself
Is there a Heaven in the sky
Why can't we stop the fight
Cause we all live under the same sun
We all walk under the same moon
Then why, why can't we live as one 
Sometimes I think I'm going mad
We're loosing all we had and no one seems to care
But in my heart it doesn't change
We've got to rearrange and bring our world some love
And does it really matter 
If there's a heaven up above
We sure could use some love
Cause we all live under the same sun
We all walk under the same moon
Then why, why can't we live as one 
Cause we all live under the same sky
We all look up at the same stars
Then why, tell me why can't we live as one

Songwriters: Klaus Meine / Mark Hudson / Scott Geffery Fairbairn
Under the Same Sun lyrics © Universal Music Publishing Group, BMG Rights Management

Friday, March 15, 2019

Best Just For Laughs Gags 2019 😂😜😆 | Best Funny Try Not And To Laugh


Published on Mar 14, 2019

Best Just For Laughs Gags 2019 😂😜😆 | Best Funny Try Not And To Laugh
►Thanks For Watching!!!
►Subscribe Me: https://www.youtube.com/channel/UC0nt...

#BestJustForLaughsGags #NewJustForLaughsGags