"Di balik cermin, cermin mimpi... Ada realiti yang tidak kita sedari..." Itulah lagu Cermin Mimpi yang saya nyanyikan sewaktu mengadap cermin untuk bersiap-siap menghadiri mesyuarat agung RPM. Berdetik di dalam hati saya untuk berjumpa dan bergambar dengan idola saya dalam bidang muzik iaitu Sifu Dato' M. Nasir. Itu pun kalau dia hadir mesyuarat. Saya ni memang peminat dia sejak dari zaman sekolah. Alhamdulillah, termakbul niat saya apabila kami terserempak di pejabat RPM.
Saya memang kenal sangat dengan Sifu M. Nasir ni,, cuma dia yang tak kenal saya... hehe...
Bila beliau bertanya berhubung penglibatan saya di dalam bidang muzik, beliau agak panik bila saya perkenalkan diri sebagai pemuzik underground yang kadang-kadang muncul sebagai buskers sejak tahun 1987 di Central Market KL. Sekarang saya sekali-sekali muncul busking di Klang dan Port Klang.
Saya juga berharap agar dapat berjumpa seorang lagi idola saya di dalam bidang muzik iaitu Dato' Ahmad Nawab. InsyaAllah, moga bakal berjumpa kelak.