"Di balik cermin, cermin mimpi... Ada realiti yang tidak kita sedari..." Itulah lagu Cermin Mimpi yang saya nyanyikan sewaktu mengadap cermin untuk bersiap-siap menghadiri mesyuarat agung RPM. Berdetik di dalam hati saya untuk berjumpa dan bergambar dengan idola saya dalam bidang muzik iaitu Sifu Dato' M. Nasir. Itu pun kalau dia hadir mesyuarat. Saya ni memang peminat dia sejak dari zaman sekolah. Alhamdulillah, termakbul niat saya apabila kami terserempak di pejabat RPM.
Saya memang kenal sangat dengan Sifu M. Nasir ni,, cuma dia yang tak kenal saya... hehe...
Bila beliau bertanya berhubung penglibatan saya di dalam bidang muzik, beliau agak panik bila saya perkenalkan diri sebagai pemuzik underground yang kadang-kadang muncul sebagai buskers sejak tahun 1987 di Central Market KL. Sekarang saya sekali-sekali muncul busking di Klang dan Port Klang.
Saya juga berharap agar dapat berjumpa seorang lagi idola saya di dalam bidang muzik iaitu Dato' Ahmad Nawab. InsyaAllah, moga bakal berjumpa kelak.
Wednesday, December 17, 2014
Recording Performers Malaysia Berhad (RPM) - Mesyuarat Agung Ke-3
Recording Performers Berhad (RPM) kali yang ke-3 telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali yang ke-3 pada 17 Disember 2014 di ibu pejabat RPM Solaris Mont Kiara. Lebih dari 50 orang ahli berdaftar telah menghadiri mesyuarat yang menyaksikan Amy Search dipilih menduduki kerusi Pengarah RPM. Tahniah buat Amy Search dan selamat menjalankan tugas. --> Fewiittt.... ^_^
Setelah mesyuarat mengesahkan minit mesyuarat yang lalu, Presiden RPM YBhg Dato' Sheila Majid mengumumkan jumlah kutipan royalti bagi tahun kewangan 30 Jun 2014 yang sangat memberangsangkan. Pembayaran royalti kepada ahli-ahli RPM dijangka akan dibuat selewat-lewatnya penghujung Mac 2015. Ini adalah berita baik kepada para penyanyi dan pemuzik yang bekerja keras untuk memajukan industri muzik tanahair. Kepada para artis yang belum berdaftar dengan RPM, daftarlah sebagai ahli RPM dengan kadar yang segera. Pastikan hasil seni anda mendapat pulangan yang boleh menyara kehidupan dan keluarga. Daftar secara online --->http://www.rpm.my/index.php/joining-rpm
Nazz Abdul Aziz
https://www.youtube.com/user/NAZZonemanband

Subscribe to:
Posts (Atom)