Di dalam pertemuan pada 11 Jun 2014, selepas Tun M menurunkan tandatangan di atas gitar kesayangan saya, beliau meminta saya menyanyikan lagu yang saya cipta khas untuk beliau iaitu 'Airmata Seorang Mahathir'. Saya terperanjat kerana tujuan saya membawa gitar tersebut adalah semata-mata untuk mendapatkan tandatangan autograf beliau. Sebenarnya saya tidak membuat apa-apa persediaan untuk itu tetapi saya nyanyikan juga lagu itu. Jelas beliau sebak mendengar saya mendendangkan lagu Airmata Seorang Mahathir. Selepas habis lagu itu, beliau meminta saya menyanyi lagi dan saya menyanyikan pula lagu 'Aku Berani Gagal'. Beliau bertepuk tangan dan meminta saya menyanyi lagi.... Lebih 1 jam saya duduk berbual dan menyanyi bersama Tun M. Sesungguhnya itulah pengalaman terhebat saya sebagai seorang pemuzik, pencipta lagu dan penyanyi.