Friday, February 22, 2019

Kisah pensyarah universiti yang menghina Al Quran.

Suatu ketika di dalam kelas sebuah universiti di Amerika, seorang pensyarah memulakan kuliahnya dengan mempertikai kemarahan umat Islam terhadap tindakan tentera Amerika di Iraq yang memijak dan membakar Al Quran.

Menurut pensyarah itu, yang dipijak dan dibakar hanyalah kertas yang menjadi media Al Quran, sedangkan Al Quran sebenar adalah di sisi Allah. Maka, umat Islam tidak sepatutnya marah.

Tiba-tiba seorang pelajar bangun membawa buku hasil penulisan pensyarah tersebut ke depan. Pelajar itu memijak buku hasil penulisan pensyarah tersebut sehingga pensyarah tersebut bertindak menumbuk muka pelajar tadi. Namun tumbukan itu tidak mengena.

"Kenapa kamu marah?" Tanya pelajar itu dengan suara yang tenang.

"Tindakan kamu memijak buku karangan saya adalah penghinaan terhadap saya." Jawab pensyarah itu dengan sangat emosi.

"Yang saya pijak ini hanyalah kertas yang menjadi media ilmu kamu, sedangkan ilmu kamu sebenarnya ada di dalam diri kamu. Maka tidak sepatutnya kamu marah sebagaimana yang kamu katakan terhadap tindakan tentera Amerika yang memijak Al Quran." Jelas pelajar itu dengan sangat tenang.

Pensyarah itu pun meninggalkan kelas dengan perasaan yang sangat malu.