Thursday, February 28, 2019

Wednesday, February 27, 2019

Lirik lagu Awie Aku Bukan Orang Putih

Awie

Aku Bukan Orang Putih 

Dunia maju kata mari
Yang lama bawa di sisi
Tak akan hilang
Selagi ada pada nama ini

( 1 )
Tiada apa yang menghalang
Selagi aku bernyawa
Tidak akan hilang
Untuk selamanya

( 2 )
Walau setitik saja yang tinggal
Jangan kau harap aku mengaku kalah
Sempurna masih dalam jiwa
Dia akan terbenam
Dia akan sejahtera bersama
Bernyawa-bernyawa

( ulang 1 & 2 )

( 3 )
kau tertawa melihat keris
Di tangan ini

( 4 )
jangan sangka air tenang
Tiada buaya

( 5 )
Aku bukan orang putih

( ulang 3, 4, 5 )

Lirik lagu Awie Alif Ba Ta Dunia Ku

Awie

Alif Ba Ta Dunia Ku 

Pabila ku rindu
Hiaskan diriku
Ku melawan cintaku

Pabila ku jemu
Pejamkan mataku
Ku masuk ke alam khayalku

Alif,ba,ta duniaku
Siapa yang tahu
Apakah di dadaku ini

( korus )
Ku, ku, I, I, I
Hanya ku seorang
Yang tahu pergolakan
Mindaku

Kau, kau, you, you, you
tak mungkin boleh tahu
selagi ku tak cerita

Hentikanlah
Marah, marah
Dunia
Takkan berubah
Dengan amok
Dan amarahmu itu
Sedarlah
Kawanku

Aa, aa, ih, ih, uu, uu,
Tak depan, bawah, atas
tiga cara saja
Membacanya

Oh, oh
Jangan ternganga
Uh... uh...
sedihnya
Kalau kau masih
Belum belajar ( 3X )
Kawanku

Cintaku
Cintamu
Cinta
Cinta kita satu/sama
Hidup ini
Akan mudah
Kalau mimpi
Kita sama



Lirik lagu Awie Bahagia Menemui Mu

Awie

Bahagia Menemui Mu 

Andainya kau ragu
Tanyalah pada hatimu
Hanya hatimu
Yang bisa mengemudikan mu

Ke arah yang sebenarnya
Ingin engkau tujui
Sebelum engkau tujui
Sebelum kau dihanyutkan gelora

Tanya hatimu
Ketulusan lamaranku
Kerna hatimu
Bisa berikan petunjuk
Bahawa aku tak berdusta
Pabila melafazkan
Ku lafazkan
Cinta ku untuk mu

( 1 )
Usahlah kau percaya
Sepatah pun kata-kata ku
Selagi hatimu sendiri
Belum membenarkannya

( 2 )
Kau dan aku
Asalnya satu
Lama berpisah
Kini bertemu

( 3 )
Bukan sedih, bukan pilu
Aku mengangis kerna rasa syukur
Bukan sedih, bukan pilu
Aku bahagia kerna menemuimu

Lirik lagu Awie Bara

Awie

Bara 

Semalaman ku tak lena
Bayangmu menjelma
Rindu semakin menyala
Bagai bergelora
Di dalam dada

Kini baru ku sedari
Cinta bersemi
Berputik di ranting hati
Bahagia kan menanti dua sejoli
Dalam ikatan kasih yang terpatri

( korus )
Bara yang panas membara
Sanggup ku genggami jua
Namun ku tempuhi dengan rela
Tak peduli
Gerhana di jiwa ini sudah diubati
Bersemadi
Kini kau ku miliki
Ku tak akan sunyi
Kerna kau di sisi

Kau bidadari
Kaulah penyeri
Terukir sebuah janji
Yang tulus dan suci

Bara yang menyala
Ku genggami jua
Biar sepanas mana bahangnya
Tak terasa
Ku pelihara cinta yang setia
Hingga ke akhir bersama
Bahang cinta yang menyala

Semalaman ku tak lena
Bayangmu menjelma
Rindu semakin dalam
Bagai gelora
Di dalam dada

Lirik lagu Awie Cinta Bukan Ilusi

Awie

Cinta Bukan Ilusi 

Di sudut mindaku
Resah yang mengganggu
Telah ku lontarkan jauh

Hadirmu kekasih
Penyeri sukma
Nan gemilang

Dan bermulah sinar
Cinta sebenar cinta
Bukan lagi ilusi
Bukan khayalan mimpi
Di persada naluriku
Terpahat rasa syahdu

Seiringan kita harungi
Layarkan bahtera
Demi ikatan kasih murni
Azimat suci

Sederasnya gelombang
Kita rentasi bersama
Doakan setulusnya
Moga di restu segala
Seharumnya mewangi
Di halaman syurgawi

Luruhkanlah kisah lama
Sejarah silam
Kita semaikan benih kasih
Azimat suci

Lirik lagu Awie Di Bayang Awan

Awie

Di Bayang Awan 

Di awan kulihat bayang
Pergolakan di bumi
Menjadi titisan darah
Dan membasahi malamku ini

Bukan aku nak sembunyi
Dari luruh warnamu
Hanya ingin sekadar simpati
Pada seksa ciptaan azali

Aku... rela...
Diri dibasahi
Andainya warnamu suci
Aku... gentar...
Diri disumpahi
Dari bebanan kesilapan

Mestikah aku berlindung
Dari kebasahanmu
Atau pun kau merelakan
Aku tunduk dan hanya bersyukur

Dan kini
Aku pandang di awan
Bayang-bayang menghilang

Darah pekat
Menukar warnanya
Menjadi raksi yang kudamba

Lirik lagu Awie (Azman Abu Hassan / Aziz M. Osman) Di Medan Ini

Awie (Azman Abu Hassan / Aziz M. Osman)

Di Medan Ini 

Di medan ini zahirku layu
Jasad kaku dibelenggu
Jalur nadi masih kukuh
Janji setia tidak luntur

Di medan ini bakti disandang
Korbanku untuk maruah
Teguhkan azam nusa
Agar generasiku terbela

( korus )
Jejakku tinggalkan
Untuk kau teruskan
Bangkitkanku dalam perjuanganmu
Mencantas noda
Bara semangatku
Bara semangatmu
Merintis cinta

Di medan ini gemilang persada
Hamparkan jati diri
Gemparkan pada mereka
Kita mampu teguhkan
Lambang merdeka

( ulang korus )

Laungkan semboyan
Seru gempur perwira
Walau gugur kubasahkan darah
Dengan ikhlas
Sumpah hidup wira bangsa

( ulang korus )

Juangkan cita
Bebaskan nusa

Lirik lagu Awie Di Penjara Janji

Awie

Di Penjara Janji 

Hatiku digirisnya lagi
Kali ini lebih dalam dan pedih
Kerna aku sudah berjanji
Dia cinta ku yang terakhir

Sungguh tak pernah ku menduga
Dia akan mengulanginya semula
Namun untuk menodai cinta
Dan membiarkan aku sengsara

Dia tempat ku sandar
Angan ku pendamkan
Satu percintaan
Yang bisa ku jadikan
Tangga-tangga ku ke pintu syurga
Meleraikan rindu

Mengecap bahagia
Yang kerap dimadah
Insan yang murni
Yang dah rasakan cinta
Yang aku... mimpi

Lirik lagu Awie Di Persimpangan Zaman

Awie

Di Persimpangan Zaman 

Di persimpangan zaman
Kusendiri lagi
Kesunyian

Menggenggam cinta silam
Berlumut ditangan
Ku cuba menyucikan
Dengan airmata
Ternyata sia-sia

Ku kumpulkan insan yang kecewa
Dan berarak ke pantai merdeka

Kitanyanyikan bersama
Lagu cinta duka lara
Demi melupakannya
Campakkan bunga percintaan
Dilautan impian
Tenggelamlah ditelan zaman

Dan semoga menjadi permata... oh
Menghiasi yang baru bercinta

Kita nyanyikan bersama
Lagu cinta duka lara
Demi melupakannya
Campakkan bunga percintaan
Dilautan impian
Tenggelamlah ditelan zaman

Ku kumpulkan insan yang kecewa
Dan berarak ke pantai merdeka
Taburkanlah bebunga sengsara
Menjadi permata bersinar
Kepada insan yang bercinta
Sematkanlah cahaya didada... oh

Lirik lagu Awie & Maizurah Hilang Kau Hilang Segalanya

Awie & Maizurah

Hilang Kau Hilang Segalanya 

Lihatlah ke dalam jendela
Hati ini oh kasih
Katakanlah taman yang kau damba
Akhir sini kau temui
Semakin membebankan
Semakin sukar untuk ku lafazkan
Perasaan yang terpendam
Antara hilang kau, aku hilang segala
Cahaya jiwa
Pabila cintaku tak mendapat
Tempatnya yang dipuja
Bagai yang sering dikhabar-khabarkan
Di dalam madah puisi cinta
Dengan bibir bisa kau berdusta
Tetapi bukan dengan mata
Biar saja ku berterus terang
Pandang matamu ku terpandang
Kita sama saling memerlukan
Antara hilang kau aku hilang segala
Cahaya jiwa
Pabila cintaku tak mendapat
Tempatnya yang dipuja
Bagai yang sering dikhabar-khabarkan
Di dalam madah puisi cinta
Dengan bibir bisa kau berdusta
Tetapi bukan dengan mata
Biar saja ku berterus terang
Pandang matamu ku terpandang
Kita sama saling memerlukan

Lirik lagu Awie Kau Yang Mula Dulu

Awie

Kau Yang Mula Dulu 

Jika kau hina aku
Akulah cerminmu
Jika kau kata ku gila
Tidakkah kau yang mengagumi

Kau yang menyingkap tabirmu
Melepaskan sedikit pancaranmu
Namun kini aku dipaksa
Melupakan pandangan itu
Aku seakan hilang pertimbangan
Menggugurkan segala yang pernah ku cinta

Untuk memilik mu
Aku tak mahu kecewa diserkup hantu rindu
Mabuk terus memujamu
Mengapa aku ?
Lorong hidupku sungguh panjang
Kelam dan berliku
Kau telah baca hatiku
Dan mencurinya sekali
Kau hanya perlu jelmakan
Cintamu padaku
Bagai yang telah ku lakukan
Walau sejuta tahun
Walaupun keakhirnya
Kau tetap ku puja

Hanya satu jawapan
Bagi persoalan ini
Nyatakan cintamu padaku

Untuk memilik mu
Ku tak mahu kecewa
Diserkup hantu rindu
Mabuk terus memujamu
Mengapa aku ?
Lorong hidupku sungguh panjang
Kelam dan berliku
Kau telah baca hatiku
Dan mencurinya sekali
Kau hanya perlu jelmakan
Cintamu padaku
Bagai yang telah ku lakukan
Walaupun sejuta tahun
Walaupun ke akhirnya
Kau tak bisa ku lupa ( 2X )

Hanya satu jawapan
Bagi persoalan ini
Nyatakanlah cintamu padaku ( 2X )

Lirik lagu Awie Kembali

Awie

Kembali 

Awan yang berarak perlahan
Mendung yang kelabu tak semesti hujan
Zahir yang dipamerkan
Batin yang dipersalahkan
Ku tak mengerti

( prechorus )
Ooo ku terdengar suara ombak
Menyusuri pantai yang indah
Diiringi kerdipan bintang-bintang
Menghiasi sunyi
Memanggil oh pulanglah

Nun jauh disana
Samudera mentari hatiku
Memancarkan sinaran
Memanggil namaku

Di sini
Ku tetap menunggu walaupun berapa lamanya
Di sini kan ku nanti pasti
Ku harapkan segala
Oh tidakkan berubah
Kau masih setia ku menunggu
Bilakah kau kan kembali
Wahai kekasih ku
Segera kembali
Kupohonkan penuh doa untuk mu
Hanya padamu kasih...

Lirik lagu Awie Kita Permata

Awie

Kita Permata 

Terang sudah
Tak perlu diucapkan lagi
Kata-kata
Hanyalah cermin bahasa hati
Hanya Tuhan
Tahu perasaan ini
Jerit hati senada
Untuk ingin bersama-sama
Denganmu kekasih hati

Kau pertama
Mengetuk pintu alam cintaku
Kau pertama
Ternyata hidup di dalam khayalku

( 1 )
Dan kita
Sama-sama penah merasai
Halaman indah ini
Hampir membakar diri
Kerana api cemburu
Kita bina kekuatan

( 2 )
Dan kitalah permata asyik
Tenggelam dilubuk yang dalam
Masih
Punyai satu rasa
Punyai satu falsafah cinta
Yang masih tetap berharga
Biarpun dicemari
Kitalah permata

( ulang 1 & 2 )

Lirik lagu Awie Kuda Tiga Kaki

Awie

Kuda Tiga Kaki 

Kuda tiga kaki
Tidak boleh lari
Macam hilang kunci
Pintu rezeki

Kuda tiga kaki
Tidak boleh lari
Kanan tengah kiri
Jalan dah mati

Kuda tiga kaki
Tidak boleh lari
Cuma boleh mimpi
Hujung pelangi

Macam main judi
Main apa benda sekali
Kurang satu tak cukup lagi
Apa pun nak buat serba tak menjadi

Tak guna baik hati
Kalaulah jahat gerak geri
Tak guna kalimah sakti
Kalaulah masing-masing kita nafsi... nafsi

Mustahil boleh di seberang
Kalaulah gelora setinggi gunung-ganang
Dah la tu separuh telanjang
Nak harung api menjulang

Mustahil nak menang perang
Kalaulah kelengkapan semuanya kurang
Dah la tu serapah mu songsang
Nak serang sorang-sorang... yeh

Tak guna baik hati
Kalaulah jahat gerak geri
Tak guna kalimah sakti
Kalaulah masing-masing kita nafsi... nafsi
Kalaulah masing-masing kita nafsi... nafsi

Lirik lagu Awie Lepak

Awie

Lepak 

Mat kental bodek
Kaki melepak
Pak hassan ngok ngek
Pun kaki lepak

Lepak bawahan
Lepak atasan
Lepak berduit
Dan tak berduit

Jangan kau terus lepak beb
Membuang masa
Berat macam mana pun beb
Cubalah control
Kalau nak cari contoh beb
Cari yang baik
Yang di laungkan
Bukanlah bapak borek
Anak pun rintik

Lepak dah jadi
Satu budaya
Satu misteri
Jangan terpedaya

Tipu dah jadi asam garamnya
Keluar pukul 5
Balik pukul 1
Bini tanya mengapa
"bang lewat balik bang"

Dia pun start balik menipu
Macam dulu-dulu
Tolong kawan sakit
Tayar kereta pancit
Perut abang sakit
Abang cirit birit

Lepak bawahan
Melekit-lekit
Lepak atasan
Minum air pahit

Lepak bawahan
Terjengkit-jengkit
Lepak atasan
Terjungkit-jungkit

Kepimpinan melalui tauladan
Setia bermula dari rumah
Ikut salah tak ikut pun salah
Jadi harus diikut siapa

Lirik lagu Awie (M. Nasir) Maya

Awie (M. Nasir)

Maya 

Maya terpaku lagi
Tika gelincir hari
Mendengar denyut jantung
Mana harapan bergantung

Tewas
Dalam cinta

Dewi pernah ku puja
Relaku jadi hamba
Hingga keliru mengenal
Intan atau pun kaca

Dalam
Maya ini

( bridge )
Rasa bagai berlari
Setapak pun tak sampai
Ikatan yang tersimpul
Bagaikan tak terurai

( korus )
Lepaskan ku dari perdaya mayamu
Jaga dan leka berulang silih berganti
Yang mana yang palsu
Yang mana yang benar
Berilah ku jalan
Jelaskan pandangan

( korus 2 )
Lepaskan ku dari perdaya mayamu
Jaga dan leka berulang
Hanya perangkap mimpi
Kuingin dicinta sebenarnya cinta
Wajah yang ku damba
Agar jadi nyata

Maya terpaku lagi
Tika gelincir hari
Mendengar denyut jantung
Mana harapan bergantung

Dalam
Maya ini

Rasa bagai terjunam
Ranting mana ku capai
Ikatan yang tersimpul
Bagaikan tak terurai

Lirik lagu Awie Nostalgia Cinta

Awie

Nostalgia Cinta 

Masa lalu
Masih berlegar
Menghampiriku
Di waktu itu
Cinta kering dan layu

Berguguran ketandusan
Tanpa cahaya
Cinta yang luka
Jatuh kehampaan

Tak mungkin ku tempuhnya lagi
Segala kepahitan itu
Walaupun di masa ini
Masih ada ruang-ruang
Untuk cinta menyusur kembali

Sinaran matamu
Terisi cereka
Permainan asmara
Antara kita
Terbuka hatiku
Mencari sinar itu
Mungkin ku temui
Ku masih belum pasti

Ingin sendiri meniti hari
Mencari erti ke mana sepi
Nostalgia cinta suci

Lirik lagu Awie & Search Nur Nilam Sari

Awie & Search

Nur Nilam Sari 

Pinjamkan sinarmu Nur Nilam Sari
Buatku merempuhi malam
KAbus berlabuh bagaikan awan
Mengaburi penglihatan
Menyekat maksud di sempadan
Redup yang ku pasangkan angan

Sekadar berhasrat
Berlindung dalam lena
Pejamkan mata untuk
Ku lupakan sengsara
Berapi kerdipan
Melaraskan jiwa
Menyusuk ke arah asalku

( korus )
Senyumanmu satu azimat
Buat diriku yang hina
Manusia terpinggir hidup melara
Tak pernah kenal erti bahagia
Namun ku masih gembira
Bagiku rahmat semuanya
Oh mungkin kalau nasib ku berbeza
Aku tak mampu
Menilaikan dikau

Aku berani
Berani aku
Katakan dirimu itu
Dewi kayangan

Lirik lagu Awie O-Tak

Awie

O-Tak 

O-tak mudah diperdayakan
Jangan mudah bagi harapan
O-tak mahu aku ketinggalan

O-tak semestinya aku setuju
Dengan cara pura-puramu
O-tak mungkin aku disalahkan

O-tak bisa ku melupakan
Segala tingkah laku mu
O-tak mungkin aku bersamamu

( 1 )
Ari, ari, ari... o
O-tak mudah berjaya
Ari, ari, ari... o
O-tak mudah berputar

Biar beribu rintangan
Biar berjuta hasutan
Aku kan terus pertahankan semangat ku

O-tak payah berlengah-lengah
Turun saja jangan gelabah
Engkau aku ibarat o-tak berguna

O-tak bisa ku melupakan
Segala tingkah laku mu
O-tak mahu aku bersamamu

( ulang 1 2X )

( 2 )
Serahkan menguasai nalurimu
Nafsu tak dapat dikawal lagi
Kau ibarat ranting yang rapuh
Tunggu gugur

Lirik lagu Awie Pedih

Awie

Pedih 

Jelingan manismu
Yang mempesonakan
Membuatkan hatiku
Indah terasa
Mungkinkah kita
Akan merasakannya
Hidup berdua hingga
Ke akhir hayatku

Mata bertentang
Hati pun berkata
Engkaulah satu
Tiada duanya
Hidup gembira
Mesra sentiasa
Akhirnya musnah jua
Oleh orang ketiga

Adakah ini
Dugaan semata
Untuk aku pelajari
Erti dewasa
Untuk terima
Kehidupan tak selamanya
Harus menjanjikan
Bahagia

Sungguh ku tak menyangka
Tangan ku hulurkan
Demi masa depanmu
Tergamak engkau
Mendustakan kau nodai

Apa yang aku kesalkan
Kau tak menghargai
Cinta yang ku berikan
Cinta yang tak berbelah bagi
Cinta suci

Jelingan manjamu
Yang mempesonakan
Membuatkan hatiku
Indah terasa
Sehingga aku ketepikan
Segala
Engkau aku bagaikan
Sebutir mutiara

Lirik lagu Awie Permainan Duniawi

Awie

Permainan Duniawi 

Pertemuan dan perpisahan
Menjadi lumrah hidup ini
Kita hanya merancangkannya
Tuhan menentukan segala

Ada yang berbahagia
Ada juga yang merana
Itulah permainan duniawi
Terimalah segalanya
Hormat-menghormati
Menjadi tauladan hidup ini

( korus )
Kalau inginkan kebahagiaan
Wahai insan yang sedang
Berkasih dengarlah pesanan ini
Jagalah dirimu oh kawan
Semuga ada yang
Masih ingin menyayangi
Dirimu...

Kehidupan tiada akhirnya
Tiada juga ada yang kekal
Bagaikan mentari menyinari
Petang pulanglah oh ia...

Lirik lagu Awie Ratu Ku

Awie

Ratu Ku 

Bisikan yang pertama
Membawa erti untuk selamanya
Aku bagai tak percaya
Apa yang telah pun kurasa
Engkau bagaikan ohhh... permataku
Engkau pun jua ratuku

Engkaulah segalanya
Engkau hanyalah untuk diriku
Aku hanya untukmu
Itulah janjiku padamu
Kita bagaikan ombak dan pantai
Tidakkan terpisah lagi
Walaupun pasangnya
Walaupun surutnya laut

Ratapan naluri
Memanggilkan namamu
Kerana pertemuan ini
Akanku abadikan
Segala memori
Kulewati waktu itu
Didalam pelukanku
Gugurnya pemisah
Di antara kita terbinanya
Satu mercu tanda
Cinta yang setia
Meredahi masa meniti usia
Hingga keakhirnya
Kuabadi cinta dihati ini

Lirik lagu Awie Raya Yang Sempurna

Awie

Raya Yang Sempurna 

Irama rindu bersama sendu
Di dalam rasa pengabdianmu
Pada Tuhanku Yang Maha Satu
Dan Maha Tahu dirimu itu

Datanglah cinta bersama ria
Di dalam jiwa sempurna akal
Dari Tuhanku Yang Maha Satu
Yang Maha Tahu diriku ini

( 1 )
Lalu kita semua pun bangkit segera
Untuk menyusun semula
Kasih sayang (diisi?)...
Sebenar-benarnya kasih sayang kita
Satu untuk semua...

( 2 )
Selamat Hari Raya
Moga doa dan solat
Kita mendapat kemenangan
Selamat Hari Raya
Moga kemenangan
Kita dapat restu dan berkat

( ulang 1, 2, 2, 2 )

Lirik lagu Awie (Awie / Loloq) Sinar Bertemu Cahaya

Awie (Awie / Loloq)

Sinar Bertemu Cahaya 

Mata yang berkaca
Jernih bagaikan cermin
Menggambarkan yang rahsia

Resah yang terpendam
Jauh di lubuk hati
Mendambakan pengertian

Cinta yang sebenar
Kunci pencapai maksud
Panji kasihku berkibar oh...

Jiwa yang cedera
Sudah bertaut luka
Bersemangat dan membara

Melunaskan impian
Doa serta perjuangan
Di penghujung kalimah
Tanpa huruf dan ayat
Sinar bertemu cahaya

Kasih memerlukan
Pengorbanan yang tulus
Tanda kesetiaan

Kasih memerlukan
Kekuatan dalaman
Baru padu dan teguh
(Cerah kemenangan)

Lirik lagu Awie Terima Kasih

Awie

Terima Kasih 

Terima kasih sayang
Ku ucap padamu
Kerana menyambut tanganku
Yang hampir layu

Badai cinta melanda
Mengarah arus
Menjadikan pantai
Yang indah
Kian bercelaru

Marilah oh sayangku
Dekat padaku
Sayangilah diriku ini
Seadanya aku
Tak sanggup lagi
Menyebut kata rindu
Kamar hatiku yang sayu

Fikirlah sayang
Fikirlah seharusnya
Janganlah engkau khianati
Cinta ini

Istana yang ku bina
Mahligai cinta
Menjadi lambang
Pepohonan redup kasihku

Lirik lagu Awie Tiada Mungkin Terungkap

Awie

Tiada Mungkin Terungkap 

Renung jauh ke dalam diri
Untuk kubaca daan kutafsir
Sejuta kemungkinan
Cabaran yang mendatang
Di simpang perjalanan
Cinta kau rancangkan

Kerana ku dah jemu
Berkali ku dirayu
Terhenti niat nak tumpang teduh
Sangkaku dah pun ku tiba
Dapatlah ku merasakan
Kukenal bahgia

Mengecap kasih yang sempurna
Kekal sepanjangan sentosa
Hampaku yang tak terpadam
Merebak terus membakar
Sisa-sisa harapanku yang tertinggal

Tiada mungkin terungkap
Bahasa yang paling
Halus dan lengkap
Kesengsaraanku didetik sebegitu
Berkali bumi kugoncang
Berkali maut kuundang
Menjemputku
Membawa diriku pulang
Asal dapat kulepaskan
Dari beban itu

Lirik lagu Awie Tragedi Oktober

Awie

Tragedi Oktober 

Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku

Biarkan ia pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

( korus )
Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala dosa-dosaku
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku...

Hanya satu ku pinta
Kujujuran darimu
Berilah peluang hidupmu

Aku rela bersama
Meranjau onak duka
Agar berkekalan hendaknya

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

( korus )
Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala dosa-dosaku
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku...

Lirik lagu Awie Tiada Rahsia Antara Kita

Awie

Tiada Rahsia Antara Kita 

Oh!...
Mengapa aku
Dilukai, didusta, dipenjara
Begini

Oh!...
Cinta
Manisnya jika tiada
Rahsia antara kita

Tabir di wajahmu
Tak mungkin
Sembunyikan rasa (kebenaran)
Namun apa yang kau lakukan padaku
Memerlukan penjelasan

Demi cinta
Tak pernah aku mengkhianatimu
Janji, kugenggam
Hingga terbukti nyata

Demi cinta
Tak pernah aku mencurigaimu
Namun, apa yang kau lakukan padaku
Adalah, penyiksaan
Ku bagai biduk
Yang kehilangan arah
Menentang arus

Segala gerakmu
Di dalam perhatianku
Namun kau buatku
Bagai tak wujud disisi

Lirik lagu Awie Ukiran Jiwa

Awie

Ukiran Jiwa 

Kedamaian yang ku cari
Masih belum terbukti
Jauh lagi perjalanan ini

Jiwa tak pernah tenteram
Kasih lama tenggelam
Di lubuk hati yang paling dalam

Berlumutlah ukiran impian
Entah berapa lama
Harus ku nanti
Sinar kasih sayang menyinari kembali

Dengan nada lagu dan irama
Ku luahkan jua rasa kecewa
Semoga kau dapat mendengarnya
Semoga terbuka pintu cinta... mu
Yang pasti hujan tak berterusan
Matahari kan tetap terus bersinar

Kini terbukti apa yang di nanti
Dengan rela ku lepas kau pergi
Telah sedekat kenangan terpahat
Di ruang tak bertempat oo... ho...

Dengan nada lagu dan irama
Ku luah kan jua rasa kecewa
Pada cinta yang dahulu kita
Ukirkan bersama...
Di ruang asmara
Di bumi yang nyata
Di dunia kita...

Lirik lagu AtoZ 2 Jiwa 2 Benua

AtoZ

2 Jiwa 2 Benua 

Terbina cinta dua jiwa
Berjanji setia selamanya
Walaupun kita jauh terpisah benua
Hanya kau yang satu, yang ku rindu, sayangku

Biarpun apa yang terjadi
Cintaku tetap kan abadi
Janjiku ini hanya untukmu kekasih
Ku pasti kau mengerti, diri ini

Kasih... aku, kegelisahan
Menjalani hidup ini sendirian
Oooo kasih... andai cinta terhalang
Oh Mungkinkah kita tetap kan bersama

Hadirmu menyinari gelita
Ku tahu kau setia selamanya... lamanya
Sayang... walaupun kau jauh
Kau tetap ku rindui

Ku fahami hati dan budimu
Ku yakini sumpah dan janjimu
Bingkisan ini hanya untukmu sayangku
Agar kau tahu, sucinya, cintaku

Lirik lagu AtoZ (Jeff & Lann) Bang Boom Bang

AtoZ (Jeff & Lann)

Bang Boom Bang 

( 1 )
Depa dok kata kita lupa
Lupa tang mana pulak
Depa dok gebang menara kita
Menara berkembaq dua

( 2 )
Hang singgah sat di airport kita
Besaqnya tak terkata
Hang tengoklah kompleks kita
Indahnya Cyberjaya

( 3 )
Jangan dok lupa jambatan kita
Terpanjang di asia
Pandu ujilah kereta kita... (tu dia)
Buatan malaysia

( ulang 1, 3 )

( 4 )
Pandanglah di mata-mata alpa
Fikirkanlah kita semua
Renunglah ke minda-minda kita
Dunia menjeling kita penuh rasa

( 5 )
Kemanakah arahmu masa kini
Sehingga sering kali kau terlupa diri
Dimanakah letaknya harga diri
Sehingga kini masih tak teguh berdiri

( korus )
Mai dok gebang bang boom bang
Ilusi oh! duniawi
Mai dok gebang jangan kau gempar kami begini
Mai dok gebang bang boom bang
Kau sepi dan kau pergi
Mai dok gebang biar mentari muncul kembali

( ulang 4, 5 )

( ulang korus )

Lirik lagu AtoZ Belit

AtoZ

Belit 

Sejak kau kenal dunia ku
Kau kembali menagih cintamu
Tak ku pinta kau berlalu
Kini menyesali sikapmu

Pujuk rayu mu
Membuat ku terharu
Bukan tak sudi padamu
Ku tahu maksudmu

Engkau diburu oleh mimpi semalam
Yang tak mungkin ia bermula... ohhh !

Pembelit oh !
Tak ku sangka kau pembelit... Oh !
Tak ku rela ku dibelit... oh !
Tak ku punya wang berbukit... oh !
Kau pentingkan wang ringgit

Lirik lagu AtoZ ( Jeff ) Bicara Rindu

AtoZ ( Jeff )

Bicara Rindu 

Bicara saat ini aku merindu
Seraut wajahmu... oh! sayang ku
Ternyata hanya dulu indah bicara
Dan gurau tawamu di hatiku

Walau seiring sekata
Namun terpisah haluan berbeza antara kita
Kini aku sendiri sendiri lagi
Mengapa ku disiksa sebegini

( korus )
Kau bagiku penawar duka
Bila ku berduka kau senantiasa
Bersamaku setiap waktu

Kasih ku kau pergi jauh dari sisi
Ku kehilangan mu tanpa ku sedari
Aku kini sebagai teman biasa
Namun ku doakan kebahagian dirimu
Sayangku...
Biar apa terjadi namun aku sendiri
Mengapa ku disiksa sebegini

Lirik lagu AtoZ Copycat

AtoZ

Copycat 

Ke mana hilangnya segala akal fikirmu
Sehingga kau lupa apa yang bukan milik mu
Sesukamu kau memburumu... mangsa mu
Kau buat ku terkeliru.... Aku benci oh cara mu

Caramu copycat... Oooo Awww
Caramu copycat... Oooo Oooo
Caramu copycat... Oooo Awww
Caramu copycat...

Ku benci sikapmu haloba dunia semata
Sedarlah kau akhirnya segala tak ke mana
Tidakkah kau terasa malu dan terhina
Ku tetap membenci mu... Aku tahu oh caramu

Caramu copycat... Oooo Awww
Caramu copycat... Oooo Oooo
Caramu copycat... Oooo Awww
Caramu copycat...

Mengapa kau rela... berdusta
Akhirnya segala... pasti akan binasa

(Nanana Nana...)
(Nanana Nana...)
(Nanana Nana...)
(Nanana Nana...)

Lirik lagu AtoZ Darjat

AtoZ

Darjat 

Beza antara kita
Rupa darjat dan harta
Sudikah kau terima

Bukan niat di hati
Betapa kumerinduimu
Hati dan naluri

Seharusnya kau tahu
Betapa kemerinduimu
Kekasihku...

Punah hasrat di minda
Untuk hidup bersama
Pabila kau tiada...

Masa berlalu jua
Aku tiada terdaya
Biarlah kurasa...

Seharusnya kau tahu
Betapa kemerinduimu
Kekasihku...

Maafkan diriku ini
Tiada rela jua jadi begini
Tika cinta kian bersemi
Oh relakanlah kupergi...

Lirik lagu AtoZ Dulu Dan Selamanya

AtoZ

Dulu Dan Selamanya 

Kepada mu ku curahkan
Kepada mu ku buktikan
Segala yang ku janjikan
Dari dulu dan selamanya
Biar musim pun berganti
Namun aku kan kembali

Kepada mu disisi
Bersama lagi hanya kau ku sayangi
Biar hari berganti dan pergi
Kerana ku tahu kau kasihku
Kali ini ku kembali

Dalam alunan mesra sinar pagi
Ku genggam erat tangan mu
Ku bawa bersama, ke alam
Realiti dan fantasi

Lirik lagu AtoZ Dunia

AtoZ

Dunia 

Pada semua teman setia
Ku luah hati kian membara selamanya
Kita hanyut di lautan lara
Tanpa sedar... sedar

Hidup di dunia hanya seketika
Tiada siapa bisa lari darinya
Pada yang Esa ku sering berkata
Restuilah... restuilah

Dunia bukan untukmu
Segala bukan milikmu
Sayang ku

Dunia... bukanlah... untukmu

Segala.... bukanlah... milikmu

Lirik lagu AtoZ (Jeff / Lann) Fitnah Dusta

AtoZ (Jeff / Lann)

Fitnah Dusta 

Sayang... jangan dikeruhkan suasana
Yang dilanda kekalutan
Sayang... andai berterusan kan musnah
Impian bertaburan

Hanya kerna fitnah
Hanya kerna dusta
Kita bersengketa... tiada hentinya
Mengapa dunia begitu cemburu
Melihat diriku bahagia di sampingmu

Lautan api 'kan ku renangi
Asal kau di sisi
Gunung 'kan ku rentasi
Kau mengerti...
Tiada... siapa bisa jadi penghalang
Walaupun kuterkujur... terkubur
Kasihku... sayangku

Lirik lagu AtoZ Ingin Bersama Mu

AtoZ

Ingin Bersama Mu 

Pandangan pertama
Dan senyumanmu yang penuh kemesraan
Terukir diingatan
Tiap detik berlalu
Tak bisa untukku melupakanmu
Setiap ketika kurasakan
Bayanganmu menemani
Ke manapun ku pergi
Hingga di dalam lena ku
Masih lagi termimpi-mimpi
Apakah kau pun terasa
Segalanya yang kurasa

Andai ada ruang di hatimu
Ingin ku menjadi ratumu
Mengecapi cinta ke akhir usia
Dalam suka dan di dalam duka
Inginku bersamamu
Kekasihku

Ku sering bertanya
Beginikah lembutnya cinta
Menghiasi jiwa
Rindu menjadi lagu
Bisik suaramu ungkapan syahdu

Apakah kau pun begitu
Asyik terkenangkan diriku
Walaupun ke hujung dunia
Biar hari berganti dan pergi
Kerna kutahu kau kasihku

Kali ini ku kembali
Dalam alunan mesra sinar pagi
Ku genggam erat tanganmu
Ku bawa bersama

Lirik lagu AtoZ (Helen Yap / Lann & Darwish) Itik Gembo Gembo

AtoZ (Helen Yap / Lann & Darwish)

Itik Gembo Gembo 

Itik gembo-gembo
Aye kedek-kedek
Bilo tembok
Jalan seiringe
Muka come lote
Peel biar molek

Anak muda masa kini
Tak menyedari segalanya
Apa jua yang dikatakan
Tak difikirnya kan binasa
Hingga ada yang terlupa
Siapa dirinya ooo

Itik gembo-gembo
Aye kedek-kedek
Bilo tembok
Jalan seiringe
Muko come lote
Peel biar molek

Jangan pula kau sengaja
Tak Memahami
Oh berpura
Apa jua yang kau rasa
Telah kuduga
Oh semua
Hingga ada yang terlupa
Siapa dirinya ooo

Lirik lagu AtoZ Iyo Ko ?

AtoZ

Iyo Ko ? 

Dulu kecil orang bilang sayang
Kini besar cinta kasih sayang
Cinta rindu bila bilang sayang
Cinta asyik hai bukan kepalang

Tak berbeza cinta dulu sekarang
Yang berbeza maksud seseorang

Ada bilang cinta itu dusta
Ada bilang cinta itu nista
Tak kurang yakin cinta mulia
Indah cinta bagaikan di syurga

Rasa cinta sama rasa mulia
Hanya kita menghancurkannya

( korus )
Oh... Iyo ko... bonar cinto itu buto ?
Oh... Iyo ko... cinto itu tak bermato ?
Oh... Iyo ko... raso cinto banyak rahsio ?
Oh... Iyo ko... dunio sopi oh tanponyo ?
( Ya ke, Iyo ko ? )

( 1 )
Ya ke ? Iyo ko ?
Lafaz cinta, lafaz cinto ?
Ya ke ? Iyo ko ?
Cinta buta, cinto buto ?
Ya ke ? Iyo ko ?
Dua sebutan satu makno ?
Ya ke ? Iyo ko ?
Cinta buta, cinto buto ?

Tak kira apa rupa kulitnya
Tak kira apa bunyi katanya
Tak beza maksud atau maknanya
Tak perlu hilang dari hatinya !

( 2 )
Indah cinta bukan pada bunyi
Indah cinta pada hatinyo

( ulang korus, 2, korus, 1 )

Lirik lagu AtoZ (Ahmad Nawab / Rina) Kasih

AtoZ (Ahmad Nawab / Rina)

Kasih 

Kasih mengapa membisu
Membikin hatiku merasa ragu

Kasih usahlah kau malu
Katakan padaku rasa hatimu

Ku datang dengan harapan
Membawa cinta murni
Lupakan saja kenangan
Yang mengusik jiwamu

Kasih janganlah berduka
Marilah bersama bertemu mesra

Lirik lagu AtoZ Kenangan

AtoZ

Kenangan 

Kenangan indah bersamamu
Ku patrikan di dalam hatiku
Walaupun pedih perasaan ini
Akan ku jadikan pengajaran

Biarpun cinta telah berlalu
Namun segala dalam ingatan ku
Perpisahan datang melanda
Mengapa harus begini

( korus )
Selamat tinggal kenangan cinta
Segala cinta yang pernah di cipta
Akan ku simpan kenangan bersamamu
Semua kenangan yang indah

Tiada ku sangka semua ini
Kita akan terpisah akhirnya
Akan ku simpan kenangan bersamamu
Airmata ini mengalir hanyalah untuk mu

Akan ku tempuhi segala
Walaupun tanpa dirimu kekasih
Selamat tinggal akan ku ucapkan
Kepada kenangan cinta

( ulang korus )

Lirik lagu AtoZ Malam Ini Malam Kita

AtoZ

Malam Ini Malam Kita 

Hujan rintik membasahi bumi
Menyinari sinar pagi
Bahagia menanti
Ku himpunkan seribu doa
Agar kekal selamanya
Kau dan aku
Kita jalinkan warna yang sama
Ku yakinkan diriku kernamu... kernamu
Sekian lamanya bersama menempuhi suka duka
Kini tiba masanya
Harapan kini mula menjelma
Bersatu kasih disyurga
Dapat aku curahkan segala kasih sayangku
Hanya dikau untukku dan aku untukmu

( korus )
Malam ini malam kita
Bersatu hati
Bahagia bersama dan direstui
Ku syukuri keredhaan Yang Esa
Berkatkan doa bahagia...
( Bahagia selamanya... )
( Bersatu akhirnya bahagia... )
( Bersatu akhirnya selamanya... )

Lirik lagu AtoZ Mana-mana Saja

AtoZ

Mana-mana Saja 

Mana-mana...
Mana-mana...
Mana-mana...
Mana-mana saja...

Mana-mana...
Mana-mana...
Mana-mana...
Mana-mana saja...

Ke kanan, ke kiri
Langkah kaki tak terhenti
Mencari dan mencari
Arah yang belum pasti
Apa saja yang di kata aku ikut saja

Mana-mana...
Mana-mana...
Mana-mana...
Mana-mana saja...

Ke sana, ke sini
Tanganku di tarik lagi
Menari, menyanyi
Rentak iarama ini
Apa saja yang di kata aku ikut saja

Bukan ku menurut
Bukan ku mengikut
Apa saja yang kau kata

Kerana kasih
Kerana sayang

Aku tak pandang segalanya

Lirik lagu AtoZ Masih Ada Cinta

AtoZ

Masih Ada Cinta 

( 1 )
Angin lalu
Kirimkan lah
Beritanya
Oh di sana
Di hatiku
Masih ada cinta
Kembalilah kekasih ku... sayang
Ku rindu

Kini tiada ku terlihat senyum di bibir
Kini tiada ku terdengar senda gurau mu
Sejak kau pergi dari sisi ku merana
Jiwa meronta terasa di persenda

( 2 )
Mungkin tiada harga lagi
Lautan cinta tiada bererti

( ulang 1 )

Sayang kini aku pasti
Aku rindu teramat rindu

Cinta bersemi dipagari seribu mimpi
Janji bererti disulami kasih sejati
Kini sendiri ku menyusuri hidup ini
Kini sendiri ku tempuhi onak dan duri

( ulang 2, 1 )
( ulang 2, 1, 1 )

Ku rindu... ( 4X )

Lirik lagu AtoZ Nadia

AtoZ

Nadia 

Ku resah mencarimu
Di setiap lenaku
Menjelmalah di dalam mimpiku
Ku teruskan pencarian
Di pelusuk fantasi
Dan ku bawa ke alam realiti

( 1 )
Mungkin hanya bayangan
Mungkin juga di syurga
Kau dan aku kembali bersua

Ku sabar menantimu
Walaupun aku tahu
Di dunia tak pasti bertemu

( korus )
Bagaimanakah dan dimanakah
Hendak ku cari dirimu
Mengapa engkau hanya di mimpi
Siapa sebenarnya
Nadia... Nadia...

( ulang korus & 1 )

Lirik lagu AtoZ Sahabat

AtoZ

Sahabat 

Terpandang sekeping nota
Yang ku lihat di meja
Tiada pernah ku terduga
Tercari-carinya entah ke mana

Punah segala yang kuimpikan
Hanya kerna fitnah dan hasutan
Dan kini dia pergi
Ku relakan

Terbuku rasa di hati
Melihat kau begini
Tak ku biar kau sendiri
Memendam jiwamu di naluri

Jangan kau seksa dirimu, sahabatku
Yang lalu biar berlalu, bina hidup baru
Jangan kau seksa dirimu, sahabatku
Yang lalu biar berlalu, bina hidup baru

Ku hulurkan tanganku ini
Dan sambutlah dengan rela hati yang suci
Agar engkau kan mengerti
Perasaan hatiku ini

Lirik lagu AtoZ Si Rama-rama

AtoZ

Si Rama-rama 

Warnasari menari-nari
Menanti kismat
Menghias aroma diri
Untuk dijaja

Syamsu-syamsu menyinar
Membuka pagi
Kismat selalu di salah
Apa ada padanya

Jangan diubah
Kata Si rama-rama
Kita serupa... bersandiwara
Bertelut di pintu malam
Mencari kasih dan cinta
Ooooo...

Si rama-rama-rama, Si rama-rama-rama
Si rama-rama-rama, Si rama-rama-rama
Si rama-rama-rama, Si rama-rama-rama
Si rama-rama-rama, Si rama-rama-rama
Si rama-rama-rama, Si rama-rama-rama

Lirik lagu AtoZ Tak Guna Berahsia

AtoZ

Tak Guna Berahsia 

Ketika kutatap wajahmu
Tersimpan seribu kisah pilu
Mengapakah harus kau membisu
Berterus-terang kepadaku

Apa yang perlu kau sembunyikan
Demi kasih, demi sayangmu
Apa yang harus aku lakukan
Demi janji, demi rindu

Mungkinkah dirimu kecewa
Terpisah tanpa direncana
Janganlah pula kau terlupa
Cintaku tiada penghujungnya

Dirimu kan tetap kunantikan
Kau ku rindu, kau pun tahu
Janji tetap kan ku kotakan
Kau ku rindu, kau pun tahu

Tak guna tiada guna
Andai kau berahsia
Tak guna tiada guna
Ooo... ooooo...

Tak guna tiada guna
Andai kau berahsia
Tak guna tiada guna
Ooo... ooooo...

Lirik lagu Awang BPR (Awang / S Amin Shahab) Dwi Kekasih

Awang BPR (Awang / S Amin Shahab)

Dwi Kekasih 

Kelembutan dan keayuanmu
Menggerhanakan rembulan
Membikin hatiku
Keharuan

Tak ku peduli hujan kasturi
Tak ku cari bidadari
Asal kau mengerti hatiku ini

Di antara kekasih
Engkau dan dia
Keduanya ku cinta

Rasa ingin berterus terang
Tapi lidah kelu tak terbilang

Kau menawan
Fikiran dan hati
Tapi dia
Miliki diri ini

Bukan kerna
Cinta itu buta
Bukan pula
Kerana mabuk asmara!

Kasih melimpah di jiwa
Lemah ku jadinya!

( solo )

Di antara kekasih
Engkau dan dia
Keduanya ku cinta

Rasa ingin berterus terang
Tapi lidah kelu tak terbilang

Kau menawan
Fikiran dan hati
Tapi dia
Miliki diri ini

Bukan kerna
Cinta itu buta
Bukan pula
Kerana mabuk asmara!

Kasih melimpah di jiwa
Lemah ku jadinya!

Berdiri aku keseorangan
Disuatu persimpangan
Di antara dua jalan berbeza...

Lirik lagu Atai (Fauzi Marzuki / Habsah Hassan & Sudirman) Cinta Remaja

Atai (Fauzi Marzuki / Habsah Hassan & Sudirman)

Cinta Remaja 

Ketika kita berduaan
Kaula bakal teman hidup ku
Pada suatu waktu
Aku tahu isi hati mu, kau menyayangi ku
Biar hanya bertegur tawa, kita berbahagia
Seumpama embun pagi yang jernih dan suci
Begitulah hati ini, bila menyayangi

Tapi tiada yang mengerti
Cinta remaja ini
Namun usah kecewa kerana
Cinta yang tak terbela
Sampai penghujungnya
Cinta yang tak terbela

Lirik lagu Atai Sahabat

Atai

Sahabat 

Dari jendela terlihat kau sahabat ku
Laju melangkah bagaikan terburu-buru
Terasingkah atau mencari sesuatu
Keresahan tercerita di wajah mu

Mengapakah terhenti langkah mu di situ
Malukah kau mengetuk pintu ku
Ingatkah kau akan bergunung-gunung intan
Lambang budi yang telah kita taburkan

Kita hanya insan-insan yang lemah
Bersama berpaut sebelum rebah
Hulurkan tangan ku dan sambutlah tangan ku
Kau akan tahu nilai persahabatan ku

Lirik lagu Asmah Atan Muda Remaja

Asmah Atan

Muda Remaja 

Tercipta indah si muda remaja
Segala janjiku tak dapat ditepati

Namun begitu jangan kau hampa
Cari yang lain sebagai ganti

( korus )
Oh muda, muda remaja
Belum masanya kau bermain cinta

Terpisah kita jua akhirnya
Pasti dirimu tak akan sunyi

Berjuta dara akan kau jumpa
Diriku bukan kau punya lagi

( ulang dari mula )

Lirik lagu Ashira & Eddie Hamid Buat Insan Tersayang

Ashira & Eddie Hamid

Buat Insan Tersayang 

( P )
Sampai bilakah
Percintaan ini
Akan mengharung warnanya

( L )
Sampai bilakah harus aku begini
Menunggu kasih yang tak pasti
Ku takut suatu hari
Bila orang dah benci

( P )
Tinggallah aku
Menangis
Seorang diri

( P )
Sampai bilakah kerinduan ini
Hanyalah untuk mu sayang

( L )
Tidakkan hilang
Kasih yang aku genggam
Kerana ku cinta kepada mu
Janji-janji ku dulu
Bukanlah janji palsu

( P )
Dan aku
Tak pernah curang
Kepada mu

( L )
Datanglah sayang
Datanglah kau
Datang kepada ku
Aku merindu
Rindu kasih
Rindu dendam terhadap mu

( P )
Sabarlah sayang
Sabarlah kau
Sabar menanti diriku
Aku berjanji
Akan menanti mu dipuncak asmara

( L )
Sayangnya ku kepadamu
Hanyalah tuhan saja yang tahu
Dan hati ini
Sering berkata
Hanyalah engkau insan tersayang

( L & P )
Janganlah kau
Pergi
Lagi diri ku
Tak ingin ku
Menangis kerana mu
Lama sudah hati
Ini tersiksa
Puas sudah ku berendam airmata

( P )
Sampai bilakah
Percintaan ini
Akan mengharung warnanya

( L )
Sampai bilakah
Harus aku begini
Menunggu kasih yang tak pasti
Ku takut suatu hari
Bila orang dah benci

( P )
Tinggallah aku
Menangis seorang diri

Lirik lagu Ashira (Adnan Abu Hassan / Ilya) Di Ombak Resah

Ashira (Adnan Abu Hassan / Ilya)

Di Ombak Resah 

Tersentuh hujan membasahi
Mengalir air mata
Hangatnya pelukan cintamu
Membisu dalam tangisanku

Terbakar cinta yang berlabuh
Di dalam bahteramu
Ku pendam suatu perasaan
Tersirat agar kau kembali

( korus )
Pernahkah kau melafazkan
Darah yang mengalir cinta setia
Langkah yang telah kita tempuh
Suka dan duka
Masihku nanti

Dan telah aku menyesali diri
Hingga kau melepaskan biduk
Cinta yang masih beralun
Meniti di ombak resah

Ku tak rela melepaskan lagi
Dirimu yang selalu ku rindu
Maafkan diri ini
Usahlah kau menyendiri
Tak sanggup berpisah

( ulang dari korus )

Biarkan aku menangisi
Menanggung rindu lukaku
Ku genggam suatu kesalan
Tersirat agar kau kembali
Padaku

Lirik lagu Ashira Memori

Ashira

Memori 

( 1 )
Memori kau dalam lagu
Di ruang rindu
Senyuman
Terbayang di mataku

( 2 )
Kurasakan belaian
Manjamu kasih itu
Di malam pesta kita berjumpa
Oh bahagianya

Deruan bayu
Bertiuplah
Serikan
Cinta yang menusuk

Biarkanlah
Hatiku yang sepi
Memori indah antara kita
Menjadi kenangan
Selamanya

( korus1 )
Walaupun kau tiada
Di sisi menemaniku
Ku relakan diri ini
oh...

( korus2 )
Di kamar usang menanti
Kehadiran mu kekasih
Semoga cinta akan
Kembali

( ulang korus1 & korus2 2X )
( ulang 1 & 2 )

Bahagianya
Oh... oh memori...

Lirik lagu Ashira (Adnan Abu Hassan / Nur Khalina) Selamanya Takkan Berakhir

Ashira (Adnan Abu Hassan / Nur Khalina)

Selamanya Takkan Berakhir 

Huuu... Ohhhh... Ohhhh...

Kasih adakah waktu tersisa
Untuk kita saling berbicara
Indah bercinta kali pertama
Dengan bicara hati padamu
Masih kudamba setia

Hangat sentuhan kasih sayangmu
Kasih dirimu memang terindah
Kaulah yang terus membuai hati ini
Hanyut dengan berjuta kata bicara
Kau lafazkan padaku

( 1 )
Entah mengapa semua kini
Sumpah dan janji kau ingkari
Apakah salahku diperlaku begini
Walau tulus kesetiaanku
Mungkin itu memang niatmu
Menodai cinta suciku (oh...)

( 2 )
Duka di hatiku ini
Tidak kau peduli
Memberi tanda punah segala impian
Hampa tak dapat dinyatakan
Kesedihan di hati
Yang(Kan) pasti selama tak akan berakhir

( ulang dari 1 )

( ulang 2 )

Lirik lagu Asha Malik Dengan Cinta Suci

Asha Malik

Dengan Cinta Suci 

Dengan cinta suci
Berjanjilah kau padaku
Bukan di mulut saja atau sandiwara
Aku tahu nikmat cinta
Jua bisa terluka yang lara
Ingin aku mendapatkan
Keajaiban jatuh cinta
Denganmu selamanya... ooo...
Puasku menulis puisi
Mengarang bahasa
Sengaja ingin perhatianmu
Dahulu pernah bertandang
Kerana paras rupa
Dan hari ke hari
Hingga berbulan menikam
Aku di tinggalkan hanya kerana
Kau kejar kemewahan
Aku bertekad untuk berjaya
Selepas di tinggalkan

1
Sangup aku di khianati
Sanggup janji di mungkari
Kerana mengejar harta
Sehingga aku di keji
Namun cepat kau sedari
Dengan nista ku berdiri
Mencari kejayaan

2
Kini pada kau kekasih
Aku curah kasih sayang
Telah ku tanam semalam
Bersama luka
Yang di tabur wangi bunga hatimu
Semoga kita bahagia
Di akhir nanti

Lirik lagu Asha Malik Hingga Akhir Nanti

Asha Malik

Hingga Akhir Nanti 

Andainya dapat
Ku putarkan waktu dulu
Kala aku denganmu
Akan ku curah
Beribuan rindu hati
Agar dapatku curi hatimu

Berhelai surat
Berwarna-warni gurauan
Kini tinggal kenangan
Kelewatanku untuk
Mengetuk hatimu
Untuk meluahkan rasa hati

( korus )
Kau... ku cinta...
Ku rindu...
Hingga akhir nanti
Kasihku...
Sayangku...
Cahaya hidup
Semoga di suatu masa
Akan bersatunya jiwa
Hadirlah bahagia
Dan asmara
Gemerlapkan rindu
Menjadi nyata...

Lirik lagu Asha Malik Jika Ku Tak Kau Cinta

Asha Malik

Jika Ku Tak Kau Cinta 

1
Jika kau merasakan aku tidak kau cinta
Katakan berterus terang supaya ku tidak meminta
Cinta yang suci murni sungguh tinggi nilainya
Katakan sahaja
Katakan sebenarnya
Berikan sebabnya
Supaya ku tak kecewa

Aku memintamu kata yang sebenarnya
Jangan kau cuba bersembunyi
Bila kau mengatakan aku tidak kau cinta
Bebaskanlah diriku dari kecewa

Pandangan matamu sungguh mencuri hati
Membuat jiwaku bergegar sekali
Tak sanggup diriku meninggikan dirimu
Tapi jika kau tak sudi
Akukan pergi
Meninggalkan dikau
Biarpun luka berdarah kembali

2
Aku memintamu kata yang sebenarnya
Jangan kau cuba bersembunyi
Bila kau mengatakan aku tidak kau cinta
Bebaskanlah diriku dari kecewa

Setiap kali aku meminta jawapanmu
Kau mencari alasan
Yang tak dapat ku terima

( ulang 2 & 1 )

Lirik lagu Asha Malik Kau Cinta Ku Rindu

Asha Malik

Kau Cinta Ku Rindu 

Dulu ku hilang menyepi
Menangis aku sendiri
Seksanya rasa hati
Cintaku kasihku hancur sepi ooo...

Kini kau hadir kembali
Sinari hidupku ini
Bagaikan tak percaya
Gembira rasa di hatiku ini

Percayalah padaku
Tak akan berulang lagi kisah itu
Maafkanlah sayang kepada diriku
Agar cinta kita kan kekal abadi

( korus )
Kau kasih aku sayang
Aaa aku cinta kau rindu
Oh... asyiknya bila dilanda asmara oh...
Kau kasih aku sayang
Kau cinta aaa aku rindu
Oh.. beginilah dua insan bercinta

Jangan kau pergi lagi
Tinggalkan aku hidup menyendiri
Manakah janji suci dulu terhadapku
Yang setia menanti
Oh cinta kita

Lirik lagu Asha Malik Selamat Hari Raya

Asha Malik

Selamat Hari Raya 

Selamat Hari Raya
Ramai ramai gembira
Merayakan hari mulia

Terima kasih semua
Kerana sudi kerumah saya
Riang ria bergurau senda

Setahun hanya sekali
Aidilfitri penuh erti
Bermaafan kita bersama
Jika tersinggung
Terkasar bahasa

Mari kita gembira
Berdendang sama-sama
Nyanyi lagu ria

( ulang semua )

Lirik lagu Asha Malik Suatu Hari Kau Akan Rasa

Asha Malik

Suatu Hari Kau Akan Rasa 

Mengapa kau tidak lagi
Setia padaku
Sedangkan aku masih menyayangimu
Sedikit pun tak berubah Apa dayaku jika orang
Dah tak sudi lagi
Mungkin kau sudah jemu
Dan ada yang menunggumu
Terima kasih ku ucapkan
Kerana melukakan
Musnahlah impianku Untuk bersamamu
Kau bakar jiwa ini Hangus jadi debu
Berderai airmataku Mengenang nasibku
Dari hari ke hari ku
Hidup bergelumang dengan rindu
Ku bertawakal Dan sujud padanya
Ingatlah sayang Dosa mungkir janji
Akanku teruskan hidup
Walaupun pedih membara
Suatu hari kaukan rasa
Bila datang balasannya
Bila tiba masa nanti
Hatimu menyesal
Dan hidupmu tak bahagia
Kenangilah salahmu padaku
Betapa kau menyeksaku
Sesuka hati
Sehingga aku merana
Akibat janji palsumu dulu
Ku terus bersabar Hadapi dugaan
Dan aku yakini Tuhan bersamaku
Akan ku teruskan hidup
Walaupun pedih membara
Suatu hari kau kan rasa
Bila datang balasannya
Oh... Oh...

Lirik lagu Asha Malik Yang Sudah Biarkan Berlalu

Asha Malik

Yang Sudah Biarkan Berlalu 

Pena tidak menulis lagi
Fitnah tidak berbunyi lagi
Hilanglah perasan benci
Yang terpendam di dalam hatimu
Cukup hanya setakat ini
Tak usah di ulang lagi
Semuanya kerana ada dia
Dalam hidup mu

Biarlah andainya dunia
Yang engkau inginkan
Sehingga ku diketepikan

Yang sudah biarkan berlalu
Walau menangis pun
Tak memberi sebarang makna
Untuk ku dan dirimu

Dengan rendah hati
Aku rela melepaskan agar pedih di hati
Tak berulang lagi

Janganlah di tanya arah hati
Kemana akan aku pergi
Kerana inilah yang dikatakan lakonan

Aku hanya bonekamu
Tercampak jauh di kala aku tidak lagi
Di hatimu... ooo... ooo...

Dan aku relakan
Semuanya kerana dia

Lirik lagu Aryan (Wom / Z Lubes) Baiduri Cintaku

Aryan (Wom / Z Lubes)

Baiduri Cintaku 

Engkau Baiduri cintaku
Dari taman nirwana pesona jiwa
Halus bagai sutra indah cahaya
Menyinari Kehidupanku

Berirama cinta
Berlagu gerhana rindu ini
Sejak engkau pergi
Meninggalkan ku

Bulan hilang cahaya pudar jadinya
Bilakan bersinar semula
Cahaya cintaku kasih kau baiduriku
Semogakan tiba masa
Bersinar semula berwarna

( korus )
Duhai baiduri cintaku
Dengarkanlah keluhanku
Saban waktu ku merindu
Menunggu kehadiranmu
Tidakkah dapat kau rasa
Apa yang ku derita
betapa oh pediahnya
oh... oh... oh...

Lirik lagu Art Fazil Belum Tiba Masa

Art Fazil

Belum Tiba Masa 

Ingin kucapai tapi masih tak sampai
Ingin kugapai masih terkapai kapai
Ingin kuhurai tapi belum terlerai
Mungkin belum tiba masa

Nak ku berlari ke puncak bukit yang tinggi
Lalu bersorak merata kaki langit
Mahu kusunting bunga kembang mewangi
Mungkin belum tiba masanya

Masih belum tiba masanya
Masih belum sampai waktu
Masih banyak lagi yang harus diperlaku

Masih belum sampai ajal
Masih belum ada jodoh
Yang sudah harus pandai
Aduh, masih lagi bodoh

Mungkin masih belum tiba masanya
Masih belum tiba masanya
Masih belum tiba masanya

Ingin kubongkar sejuta macam rahasia
Ingin keselongkar konspirasi durjana
Ingin kubentang dengan hujah yang nyata
Mungkin belum tiba masanya
Masih belum tiba masanya
Masih belum tiba masanya

Lirik lagu Art Fazil Dikala Pintu Langit Terbuka

Art Fazil

Dikala Pintu Langit Terbuka 

Di kala hujan mencurah
Di kala pintu langit terbuka
Di luar itu kau tadahkan tangan dan berdoa

Di kala azan bergema
Di kala pintu langit bergegar
Di saat itu kau tadahkan tangan dan berdoa

Berdoa di saat kau gelisah
Berdoa ketika hatimu resah
Berdoa kala kau derita
Berdoalah semuga kau sejahtera

Di kala insan berdoa
Di kala tabir langit dibuka
Disaat itu kau rasakan
Rahmat turun, melimpah

Lirik lagu Art Fazil Falsafah Cinta

Art Fazil

Falsafah Cinta 

Cinta perlu berhati-hati
Cinta perlu menjaga diri
Cinta rindukan kepastian
Cinta bencikan kesangsian
Cinta perlukan kawan

Cinta itu janji setia
Cinta untuk selama-lama
Cinta suatu pengorbanan
Cinta satu kepasrahan
Cinta perlukan teman

Insan oh insan
Takkan hidup tanpa cinta
Insan oh insan
Segala tercipta kerana cinta

Cinta punya harga diri
Cinta bersemangat murni
Cinta perlukan keikhlasan
Cinta suatu perjuangan
Cinta perlu kasih sayang

Lirik lagu Art Fazil Kau Yang Mengerti

Art Fazil

Kau Yang Mengerti 

Kau yang tahu segala isi hatiku
Kau yang mengerti segala hasrat di hati
Kau yang tahu segala isi hatiku
Kau yang mengerti segala hasrat di hati

Di antara berjuta bintang-bintang
Hanya kaulah kejora jiwaku
Di antara ribuan perawan manis
Hanya kau bidadari hidupku

Di antara musim yang berubah
Hanya musim cintamu yang kudamba
Di antara ribuan kata kata
Hanya senyumanmu yang kupinta

Kau yang tahu segala isi hatiku
Kau yang mengerti segala hasrat di hati
Kau yang tahu segala isi hatiku
Kau yang mengerti segala hasrat di hati

Hanya kau seorang yang mengerti ragam jiwaku
Hanya kau seorang sahaja berada di qalbu

Kau yang tahu segala isi hatiku
Kau yang mengerti segala hasrat di hati
Kau yang tahu segala isi hatiku
Kau yang mengerti segala hasrat di hati

Lirik lagu Art Fazil Merindu Kepastian

Art Fazil

Merindu Kepastian 

Andai kau menjadi pelangi
Biar ku jadi awannya
Agar kita selalu bersama

Andai kau menjadi sang duyung
Biar ku jadi karangnya
Agar kita sentiasa bersua

Andai kau menjadi merpati
Biar ku menjadi sang bayu
Agar kita sering bertemu

Andai kau menjadi puisi
Biar ku jadi melodi
Bersama kita menyanyi

Andai ku menjadi rembulan
Sudikah kau menjadi kejora
Hingga pagi nanti

Andai esok aku menjadi tanah
Sudikah engkau menjadi bunga
Menghiasi dadaku

Lirik lagu Art Fazil Nur

Art Fazil

Nur 

Apa yang menceriakan bumi
Setiap hari setiap waktu pagi
Membuat wajah berseri

Bagaimana tumbuh-tumbuhan
Terus segar didalam kehijauan
Di dalam hutan dan taman

Nur... cahaya sakti

Di tengah kegelapan malam
Ketika bintang di langit berkerdip-kerdipan
Indah seri sang rembulan

Ketika insan kealpaan
Ketika kejahilan menutup kesedaran
Siapa petunjuk jalan

Nur... cahaya sakti

Nur adalah kuasa semulajadi
Nur adalah asal asli rohani
Nur tercipta dari azali
Nur... nur... nur...