Tawaran terbuka untuk sesiapa yang ingin memiliki lagu sendiri untuk tujuan komersial, pembikinan single, pembikinan album, lagu iklan, lagu filem, lagu korporat, lagu sekolah, lagu jabatan, lagu persatuan, untuk pertandingan, untuk simpanan, untuk syok sendiri dan sebagainya.
Kepada yang mahu membuat gubahan minus one untuk lagu dan lirik ciptaan sendiri, saya mengenakan bayaran RM2,000/= untuk sebuah lagu berdurasi kurang dari 5 minit menggunakan 5 alat muzik. Bayaran ini termasuk kos pemuzik sessi yang digunakan iaitu drum, gitar bass, gitar rhythm, gitar lead, piano, keyboard, percussion, synthetics dan beberapa alat muzik lain sebagai accessories.
Lagu yang boleh dihasilkan termasuklah pop, pop-rock, ballad, rock-ballad, heavy rock, heavy metal, hip-hop, alternative, euro progressive, nasyid, country, country rock, blues, techno, acid-techno, acoustic dan lain-lain lagi. Produk akhir adalah adalah file mp3 atau file wav untuk versi minus one dan versi guide lagu yang diminta. Produk audio minus one yang saya hasilkan dijamin akan dapat melepasi tapisan kualiti penyiaran Panel Penapis Lagu Baru (RTM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) berdasarkan rekod pencapaian saya sebelum ini.
Jika berminat, sila kemukakan kepada saya deraf melodi (mp3) bersama lirik lagu yang mahu digubah. Juga maklumkan kepada saya keynote penyanyi yang bakal menyanyikan lagu tersebut serta tempo lagu yang dijangkakan sesuai. Bayaran deposit sebanyak RM1,000/= mesti dibayar sebelum kerja dimulakan, manakala bakinya RM1,000/= dibayar setelah pihak pelanggan berpuashati dengan produk yang dihasilkan.
Lagu anda boleh disiapkan dalam masa kurang dari 7 hari tidak termasuk pembetulan atau penambahbaikan oleh pihak pelanggan sehingga berpuashati.
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh berhubung dengan saya (Nazz Abdul Aziz) melalui sms atau whatsapp 010-5333361 atau email mohdnazri.abdulaziz@gmail.com
Yang benar,
Nazz Abdul Aziz
010-5333361
Contoh hasil rakaman boleh di dapati dari chanel Youtube saya --> https://www.youtube.com/user/NAZZonemanband